Sunday, 16 August 2015

HOTEL TERBESAR DI DUNIA : ABRAJ KUDAI









Abraj Kudai adalah sebuah hotel terbesar di dunia yang masih dalam pembinaan di Mekah, Arab Saudi yang dijangka dibuka pada 2017. Apabila siap, ia akan menjadi hotel terbesar di dunia yang mempunyai  45 tingkat dengan lebih 10,000 bilik, 70 restoran, landasan helikopter di atas bumbung dan terdiri daripada cincin 12 menara. Terdapat juga lima tingkat untuk kegunaan sepenuhnya keluarga diraja Arab Saudi. Menurut Arabian Business, 10 menara akan menyediakan penginapan empat bintang, manakala dua menara lain akan dikhaskan untuk pelanggan khas yang menawarkan lima bintang kemudahan lain. Anggaran kos projek ialah $ 3.5 bilion, dan akan meliputi kira-kira 1.4 juta meter persegi kawasan.


Design bangunan hotel seakan-akan seperti kelongsong peluru.


Firma yang berpangkalan di London Areen Hospitaliti telah mendapat tawaran untuk merekabentuk hiasan bilik hotel dan kawasan dalamannya.








JOM TONTON DOKUMENTARI HOTEL INI:



Wednesday, 12 August 2015

ISTANA SYARQIYYAH: ISTANA RASMI BARU SULTAN TERENGGANU



Setelah melihat keindahan Istana Syarqiyyah, rasanya tidak lengkap jika anda mengagumi sesuatu tanpa tidak tahu apa-apa mengenainya. Maka, kami bawakan kepada anda tentang 7 fakta menarik Istana Syarqiyyah yang tersergam indah di bumi Terengganu, Malaysia ini.

1. Istana Terbaru
Ia merupakan istana terbaru di Malaysia yang terletak di Bukit Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu. Istana ini merupakan istana utama baginda sultan dan segala majlis rasmi akan berlangsung di istana berkenaan. Di dalam kawasan istana ini juga terletak kediaman utama Istana Tuanku buat baginda sultan dan keluarga.

Keseluruhan Istana Syarqiyyah daripada Google Map:


Pejabat Istana Tuanku dan tempat majlis rasmi berlangsung:


2. Nama Istana
Sebelum 4 Julai 2013, istana ini dikenali sebagai Kompleks Istana Bukit Chendering. Kemudian, nama baru iaitu Istana Syarqiyyah yang mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah diumumkan oleh Menteri Besar pada waktu itu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Istana Syarqiyyah membawa maksud ‘Permata Timur’.
3. Pemasyhuran Istana
Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah berkenan mengisytiharkan permasyhuran istana baharu di Bukit Cendering, Kuala Terengganu, dengan nama Istana Syarqiyyah.


4. Arkitek Istana

Arkitek, Bill Bensley pernah high-five dengan Sultan Terengganu kerana Bensley teruja dengan projek ini.
“I high-fived him”
Motto beliau menterjemahkan hasil karya seni bina yang mengasyikkan
“My motto has always been, the odder the better, the stranger the better”

Bill Bensley merupakan bekas graduan Universiti Harvard yang telah memulakan syarikat rekabentuk senibina di Bangkok, Thailand pada tahun 1989. Beliau telah terlibat dengan lebih 180 hartanah di 30 buah negara terutama yang melibatkan rekaan mewah dan eksotik.
Time Magazine telah menggelar beliau sebagai “the king of exotic luxury resorts” dan menamakannya sebagai 5 orang terbaik di dunia bagi pereka senibina. Fast Company pula menyatakan Bensley sebagai salah seorang yang paling kreatif di dunia di dalam senarai 100 orang terbaik. Dia turut dinamakan di dalam senarai eksklusif Architectural Digest untuk top arkitek dan pereka.

5. Fasa Pembinaan Istana
Istana ini dibina pada tahun 2006 mengandungi 4 fasa dan siap sepenuhnya pada tahun 2014.



Menurut Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Datuk Shafii Mohamad:
Fasa pertama dan kedua pembinaan kompleks istana itu melibatkan kerja-kerja tanah, pembinaan tembok penahan, kolam, perparitan, paip, kabel, pejabat pentadbiran, balai istiadat, bangunan TNB, rumah pam serta kerja-kerja mekanikal dan elektrik.

Fasa ketiga dan keempat pula melibatkan kerja-kerja tanah, balai istiadat, pejabat pengawal istana, surau, dewan, jalan, tempat letak kenderaan, balai Islam dan kediaman utama Istana Tuanku serta kerja-kerja hiasan dalam dan sebagainya.
6. Seni Bina Istana
Jelas kelihatan Istana Syarqiyyah menampilkan gabungan senibina tradisional Terengganu dan senibina islamik yang ada di sebuah bangunan bersejarah di Andalusia, Sepanyol iaitu Alhambra. Contoh yang agak ketara yang boleh mengingatkan saya akan Alhambra ialah bilik ini:

7. Ciri-ciri Istana
  • Seni bina istana ini dihiasi dengan lebih 5,000 lukisan unik yang merangkumi sehingga 9 meter panjang.
  • Istana Syarqiyyah mempunyai lebih 100 bilik yang memiliki rekabentuk berlainan bagi setiap satunya.
  • 14 tan pintu-pintu gangsa.
  • Dewan setinggi tiga tingkat bangunan.
  • Tanah seluas 865 ekar, dikelilingi hutan.
  • Istana seluas 160,000 kaki persegi.
  • Throne room untuk 1,200 orang.
  • Banquet hall untuk 1,800 orang tanpa apa-apa columns.
  • Air pancut dan menara di taman.

SUMBER: SINAR HARIAN

KEINDAHAN HIASAN LUARAN DAN DALAMAN ISTANA

Pertama kali saya melihat luaran istana Sultan Terengganu ini pada tahun 2010 semasa ia masih dalam pembinaan sewaktu diberi tugasan untuk satu projek fotografi yang saya terpaksa tarik diri akhirnya. Waktu itu jalan, gerbang pintu masuk dan pondok pengawal sudah dibina. Saya boleh bayangkan ia tersergam indah apabila sudah siap nanti. Ternyata benar apabila melihat koleksi gambar dan video yang telah dirakamkan oleh jurugambar kelahiran Kanada, Benjamin Wong yang diminta oleh arkitek istana itu, Bill Bensley yang sedang viral di media sosial sekarang.






















































Friday, 7 August 2015

IBU MITHALI: TOK MELIAH TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH




Sama-samalah kita membaca surah Al-Fatihah untuk dihadiahkan pahala tersebut kepada seluruh umat Islam yang telah pergi mendahului kita menemui ALLAH .








Orang luar menziarahi Tok Meliah 





Contoh ibu mithali di Malaysia





Tok Meliah tidak pernah jemu melayan kerenah serta keperluan anak lelakinya yang berstatus OKU.. Allahuakbar, besarnya jasa ibu ini walaupun tiada balasan di dunia ini yang akan dia perolehi. Semoga Allah sahaja membalas pengorbanan ibu ini dengan suatu habuan yang 'tiada mata pernah melihat (kehebatan syurga), tiada telinga pernah mendengar dan tiada terlintas di hati manusia memikirkan (kenikmatan syurga Allah).



\

Saat terakhir Abdul Rahman melihat wajah ibunya yang banyak mencurah kasih-sayang kepadanya.






Rakyat Singapura menziarahi Tok Meliah..... Orang yang baik pasti dikasihi setiap manusia walaupun tidak pernah bersua


Padang Terap: Seorang ibu tunggal yang cekal menjaga anak lelakinya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) sejak dilahirkan kira-kira 63 tahun lalu meninggal dunia di rumahnya di Kampung Nako Nambua, Kuala Nerang, dekat sini, awal pagi tadi.
Allahyarham Meliah Mat Diah, 101, menghembuskan nafas terakhir 3.30 pagi di hadapan ahli keluarga lain termasuk anak lelakinya yang OKU, Abd Rahman Saud.
Anak saudaranya, Siti Jaleha Yunus, 59, berkata, Tok Meliah sebelum itu hanya mengadu sesak dada dan sukar untuk bernafas tanpa menyangka ia menjadi petanda arwah akan pergi buat selama-lamanya.
"Kami sekeluarga kemudian membawa dia dan anaknya (Abdul Rahman) ke rumah saya kira-kira jam 9 malam semalam untuk memudahkan memantau keadaan kesihatannya.
"Tok Meliah sebelum ini tidak pernah mengidap sebarang penyakit kronik, tetapi hanya demam dan batuk biasa. Saya meletakkannya di atas katil di ruang tamu tetapi kira-kira 3.30 pagi tadi, tetapi nafas mak cik semakin perlahan sebelum meninggal dunia di hadapan ahli keluarga," katanya ketika ditemui, di sini.
Menurutnya, mereka sekeluarga berasa sedih dengan pemergian Tok Meliah yang bimbang dengan keadaan Abdul Rahman kerana tiada orang akan menjaga anak istimewa yang begitu disayanginya.
"Sehingga pagi ini, Abdul Rahman belum menjamah sebarang makanan kerana kebiasaannya Tok Meliah akan menyuap sendiri makanan ke mulut anaknya itu," katanya.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Nako Nambua, Kuala Nerang, di sini, selepas solat Jumaat.
Harian Metro sebelum ini melaporkan Tok Meliah yang kematian suami sejak 20 tahun lalu, terpaksa mengambil alih menjaga anaknya walaupun kudratnya tidak kuat.
Wanita berkenaan sebelum ini turut bertekad untuk menjaga anak lelakinya yang tidak boleh bercakap, berjalan dan bergerak secara normal sejak dilahirkan hingga ke akhir hayatnya.

"Jadikanlah kami anak yang soleh dan sempat untuk membalas jasa kedua ibu bapa kami walaupun jasa mereka tiada timbal- balas"


SUMBER


Admin: Alhamdulillah Tok Melah telah menemui Allah pada saat yang mulia iaitu pada malam Jumaat yang dijanjikan jenazah yang mati pada saat ini mendapat pembebasan daripada azab kubur .. semoga kita semua termasuk dari kalangan mereka ini.... Teringat pula Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Al-Syahid Syeikh Ramadhan Al-Buthi yang meninggal dunia pada hari Jumaat.




Keranda yang membawa jenazah TG Nik Abdul Aziz diusung ke tanah perkuburan