Abraj Kudai adalah sebuah hotel terbesar di dunia yang masih dalam pembinaan di Mekah, Arab Saudi yang dijangka dibuka pada 2017. Apabila siap, ia akan menjadi hotel terbesar di dunia yang mempunyai 45 tingkat dengan lebih 10,000 bilik, 70 restoran, landasan helikopter di atas bumbung dan terdiri daripada cincin 12 menara. Terdapat juga lima tingkat untuk kegunaan sepenuhnya keluarga diraja Arab Saudi. Menurut Arabian Business, 10 menara akan menyediakan penginapan empat bintang, manakala dua menara lain akan dikhaskan untuk pelanggan khas yang menawarkan lima bintang kemudahan lain. Anggaran kos projek ialah $ 3.5 bilion, dan akan meliputi kira-kira 1.4 juta meter persegi kawasan.
Design bangunan hotel seakan-akan seperti kelongsong peluru.
Firma yang berpangkalan di London Areen Hospitaliti telah mendapat tawaran untuk merekabentuk hiasan bilik hotel dan kawasan dalamannya.
JOM TONTON DOKUMENTARI HOTEL INI:
No comments:
Post a Comment